MSABGamelan Galeri Sejarah dan Kesultanan Melayu Pahang diilhamkan untuk mengembalikan nostalgia kegemilangan Istana Kota Beram, dimana ianya merupakan sebuah istana tempat bersemayam Al-Marhum Sultan Abu Bakar. Di setiap ruang Istana Kota Beram ini mempamerkan sejarah Kesultanan Pahang sejak awal pemerintahannya sehingga sekarang, adat istiadat diraja, wanita-wanita istana dan tokoh-tokoh di negeri Pahang. Antara artifak dan koleksi yang dipamerkan adalah peralatan istiadat diraja, warkah melayu, cop mohor, cogan negeri Pahang, gamelan Pahang, lukisan wanita-wanita istana, tokoh-tokoh Pahang dan pelbagai lagi artifak dan koleksi diraja.

GaleriSeramik

Sudut kanan bahagian bawah Istana Kota Beram pula mempamerkan Galeri Seramik yang terdiri daripada seramik China seperti An-Hue (Dekorasi Rahsia), Tang San Chai, Celadon, Porselin Biru Putih (Zaman Ming), Porselin Biru Putih (Zaman Ching), Porselin Polikram “Famille Verte” dan Nyonya Ware. Seramik Jepun seperti Kutani dan Porselin Imari turut dipamerkan.

MSABArkeologi

Sudut kiri bahagian bawah Istana Kota Beram merupakan Galeri Arkeologi yang mempamerkan sejarah arkeologi di negeri Pahang yang bermula dari zaman prasejarah (Mesolitik/Hoabinhian, Neolitik dan Logam) dan proto sejarah. Artifak yang dijumpai pada zaman proto sejarah seperti seramik Tioman, seramik kapal karam Royal Nan Hai, arca patung, Jalan Penarikan, Kedatangan Islam dan sejarah Pekan turut dipamerkan di ruang ini. Selain daripada itu, artifak dari Zaman Logam seperti tulang mawas dan serpihan gendang dongson turut dipamerkan di ruang ini.

 

MSABIslamic

Seni adalah perbuatan yang menghasilkan keindahan, kekaguman, atau luar biasa yang terbit secara semula jadi dalam diri manusia, dengan perantaraan alat yang dapat diterjemahkan dalam bentuk pendengaran seperti seni suara; penglihatan seperti seni lukis; atau dengan perantaraan gerak seperti seni tari dan drama. Seni mampu menggerakkan jiwa, mewujudkan kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, ketenangan atau sebaliknya iaitu kebencian, dendam, cemas dan sebagainya.

Islam mengambil berat tentang keperluan manusia sama ada berkaitan dengan jasmani, rohani, akal dan perasaan. Islam tidak menolak kesenian. Al-Quran menjelaskan bahawa keindahan merupakan hasil daripada karya seni dengan mengajak manusia berfikir tentang keindahan penciptaan langit dan bumi. Bahkan, al-Quran sendiri mengandungi nilai-nilai seni yang amat tinggi seperti seni bacaan al-Quran, seni lagu, seni kaligrafi dan seni sastera.

MSABKeris

Di ruang pameran galeri keris mempamerkan peralatan senjata tradisional yang di gunakan oleh orang-orang Melayu untuk mempertahankan diri dan menjalankan aktiviti harian mereka. Pelbagai jenis senjata seperti Sikin, Keris, Rechong Acheh, Kapak, Lawi Ayam, Tombak Tangkai Durian, Tumbuk Lada, Sundang, Badik dan Kerambit yang dipertontonkan di ruang galeri ini.