Ruang pameran yang disediakan kepada para pengunjung untuk mempelajari masa silam agar dijadikan sebagai pelajaran berguna dalam membangunkan nilai-nilai kemanusiaan, intelektual dan akhirnya menerbitkan rasa cinta yang sebenarnya kepada Allah S.W.T, selaku Tuhan yang mencipta segala yang ada di langit dan di bumi.

TimbaTembaga Timba ini dipercayai digunakan di surau atau masjid dan dikaitkan dengan petempatan Islam di Pahang. Pada timba ini tertera tulisan timbul tahun 707 Hijrah (1308 Masihi). Terdapat kesan haus di bahagian tepi badan artifak tersebut yang dipercayai disebabkan oleh fungsinya sebagai alat untuk mengambil air di dalam perigi. Penemuan timba tembaga tersebut adalah bukti bahawa penempatan Islam yang lebih kompleks telah wujud di Pahang.

HukumKanun

Hukum Kanun Pahang merupakan satu-satunya undang-undang yang pernah dipakai di negeri Pahang semasa Sultan Abdul Ghaffur memerintah Pahang. Antara isi kandungannya berkaitan undang-undang, panduan dalam adat istiadat dan pantang larang dalam masyarakat.

BatuNisanPPBatu Nisan Permatang Pasir ini menandakan kedatangan Islam di Pahang. Tarikh yang tercatat pada batu nisan ini ialah 410 Hijrah bersamaan 1028 Masihi. Batu nisan ini dihiasi dengan Al-Quran dan syair Arab, juga tercatat tarikh kematian si mati pada Hari Rabu, 14 Rabiulawal 419H. Ini bermakna batu nisan ini jauh lebih lama dari Batu Bersurat Terengganu (702H), wang emas (dinar) lama Kelantan (577H), dan juga bermakna lebih dahulu 300 tahun dari kewujudan Kerajaan Melaka.